Filem, drama dan animasi sudah sinonim sebagai satu bentuk hiburan kepada masyarakat. Dari era layar hitam putih sehingga ke zaman definisi tinggi, industri ini tidak pernah lengang dengan idea-idea baru yang cuba ditampilkan. Ada yang berbentuk hiburan semata-mata. Ada juga yang digunakan untuk melampiaskan apa yang terpendam di dalam perasaan tidak kira sama ada perasaan itu adalah cinta, benci atau tidak puas hati.
Sebagai penonton, nilai sesuatu tayangan itu bergantung kepada kesannya terhadap diri sama ada tayangan itu memberi suatu kepuasan sebagaimana yang dikehendaki. Yang mahukan hiburan semata-mata akan mencari nilai-nilai hiburan tersebut. Yang mahu mencedok pengetahuan, akan mencari unsur-unsur ilmu yang cuba diselitkan di dalam sesuatu tayangan. Yang mahu mengkritik akan mencari ruang-ruang yang perlu diperbaiki untuk sesuatu tayangan tersebut.
Sememangnya, setiap perbuatan itu adalah bergantung kepada niat.
Bagi saya pula, blog ini dicipta dari perspektif seorang penonton yang biasa-biasa sahaja yang menonton untuk mengisi masa lapang. Andai ada pengajaran yang dapat dicedok daripada sesuatu tayangan itu, akan saya kongsikan di dalam blog ini. Andai hati terhibur tatkala menonton, akan juga saya kongsikan di sini. Kadang-kadang, saya akan mengkritik tetapi harus dianggap kritikan itu dari perspektif orang yang biasa-biasa sahaja. Sesuatu yang bagus di pandangan mata seseorang, tidak semestinya bagus di pandangan mata orang lain. Dengan itu, kritikan saya juga bisa dikritik.
Memandangkan blog ini adalah 'anak' kepada blog utama saya, maka beberapa tayangan yang telah saya masukkan di dalam blog tersebut akan turut muncul di sini untuk perkongsian bersama.
Saya akan menggunakan dua bahasa sebagai pengantar blog ini. Rasionalnya adalah supaya skop sasaran pembaca blog saya lebih luas.
Mudah-mudahan, ruang perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama. SELAMAT DATANG KE LAYAR DZAI!

No comments:
Post a Comment